Kiriman pada: Tue, Aug 25th, 2015

Laluan Tren Tumpat-Kemubu Dibuka Semula Pada 31 Ogos

Kongsi maklumat ini
Tags

KTM IntercityKuala Lumpur – Laluan tren dari Tumpat ke Kemubu akan beroperasi semula mulai 31 Ogos ini selepas dihentikan akibat banjir tahun lepas.

Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Lt Kol (B) Sarbini Tijan berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberi kelulusan untuk laluan itu dibuka semula selepas berpuas hati dengan aspek keselamatannya.

“Bagaimanapun kita tidak dapat beroperasi sepenuhnya kerana masih terdapat kerja membaik pulih jambatan di Kemubu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Peraduan Kira dan Menang Sehati Sejiwa di Kuala Lumpur Sentral di sini, hari ini.

Sementara itu beliau berkata KTMB tidak akan menaikkan tambang dalam masa terdekat walaupun terdapat perancangan untuk berbuat demikian.

Katanya kini 70 peratus daripada penumpang KTMB terdiri daripada golongan wanita dan 45 peratus pula merupakan warga asing.

Mengenai peraduan itu, Sarbini berkata ia untuk membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan penumpang KTMB yang peraduannya dibuka kepada semua warganegara Malaysia bermula hari ini dan berakhir pada 22 Sept.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.