Kiriman pada: Fri, Aug 14th, 2015

Lambakan Brangan Tiruan.

Kongsi maklumat ini
Tags

boxerFalsafah biar papa asal bergaya. Itu mungkin antara sebab masih ramai pengguna di Malaysia terus menjadi ‘hamba’ barangan tiruan walaupun menyedari pelbagai kesan negatif. Antaranya tidak berkualiti, membahayakan kesihatan dan merugikan. Mungkin kerana sikap ‘kedekut’ dan tidak kisah yang ada membuatkan kita lebih selesa menggunakan barangan tidak diiktiraf.

Atau kita terlalu ‘mencintai’ dan mengagung-agung barangan terutama buatan luar negara. Justeru, sebagai jalan singkat, kita gemar memilih produk sama namun berbeza daripada segi kualiti dan mutu pembuatannya.

Yang penting ia dapat mengisi kepuasan diri. Tetap kelihatan bergaya pada pandangan orang ramai serta mempercayai bahawa pengunaan barangan berjenama meningkatkan imej dan status.

Pernahkah kita terfikir, permintaan tinggi terhadap barangan berjenama tetapi murah menyebabkan masaalah lambakkan barangan tiruan semakin meningkat, Ia sekali gus peniaga tetap berdegil dan terus menjual barangan tiruan saperti kasut, jersy bola sepak, beg, peralatan kosmetik, alat ganti kereta, ubat-ubatan, makanan, peralatan secara haram dan berleluasa.

Antara lokasi popular menjual barangan ini ialah pasar malam, ‘up-town’ dan ‘down town’ jika kita semak statistik KPDNKK mengenai rampasan barangan tiruan mungkin dapat menyedarkan kita. Sahingga Julai tahun ini nilai rampasan di bawah akta perihal dagangan 2011, Berjumlah 13.35 juta ringgit.

Ia lebih tinggi berbanding sepanjang tahu lalu 13.34 juta ringgit, Tahukah kita dengan menjadi penyumbang kepada penjualan barangan tiruan akan memberi kesan kepada negara. Ia secara tidak lansung menjejaskan ekonomi negara disebabkan pelabur luar negara tidak yakin melabur di Malaysia.

Akibat lambakan barangan tiruan yang mudah di dapati, Negara juga tidak akan mendapat manfaat dari pungutan cukai daripada produk asli yang kemudiannya di salurkan kepada pembangunan negara.

Memanglah semua orang mahu membeli barangan dengan harga lebih rendah tetapi bolehkah ia dijadikan alasan memilih membeli barangan tiruan, Pernahkah kita terfikir kesannya.

Jangan kerana terlalu lokek hingga mengancam nyawa sendiri serta orang lain, Sebagai penguna kita harus berfikir akibat dan natijah mengunakan produk tiruan yang semestinya tiada jaminan.

Penguna bijak adalah mereka yang mementingkan kualiti dan keselamatan produk biar pun terpaksa membayar lebih namun berbaloi dengan apa yang di bayar.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.