Kiriman pada: Sat, Jan 9th, 2016

Langkah Pengubahsuaian Bajet 2016 Pratikal

Kongsi maklumat ini
Tags

BSN-Terima-746-Permohonan-Skim-Perumahan-BeliaKuala Lumpur – Pakar ekonomi dan ahli perniagaan berkata cadangan pengubahsuaian Bajet 2016 ekoran kejatuhan harga minyak yang menjejaskan hasil kerajaaan adalah satu langkah praktikal.

Mereka berkata pengubahsuaian itu adalah berdasarkan kepada realiti keadaan ekonomi sekarang kerana langkah itu akan menentukan tindakan dan seterusnya keputusan peruntukan sumber.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam ucapan beliau di Kementerian Kewangan hari ini berkata pengubahsuaian Bajet 2016 akan dibentangkan tidak lama lagi dalam suasana tahun baharu yang mencabar.

Beliau berkata pengubahsuaian itu akan melibatkan, antara lainnya, langkah-langkah mengoptimumkan perbelanjaan, mengambil kira peranan syarikat berkaitan kerajaan dan memastikan kerajaan terus menjaga kesejahteraan rakyat.

“Apabila berkaitan dengan bajet, terdapat perkara yang berada di luar kawalan kita, seperti penurunan harga minyak,” katanya.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kerajaan perlu realistik dan mengambil kira terutamanya kitaran ekonomi apabila membuat andaian.

“Setakat ini, kerajaan telah mengambil langkah untuk memastikan negara boleh menangani cabaran itu dengan mengurangkan pergantungannya kepada hasil berkaitan minyak,” katanya beliau.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.