Kiriman pada: Tue, Jan 12th, 2016

Lapan kanak-kanak Malaysia dilarikan IS

Kongsi maklumat ini
Tags

ISISKuala Lumpur: Lapan kanak-kanak tempatan berusia tiga hingga tujuh tahun sudah direkrut dan dilarikan ke Syria dan Iraq oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) untuk menjadi pelapis perjuangan mereka.

Pengarah Bahagian Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, berkata, sehingga ke hari ini, risikan pihaknya mendapati sekurang-kurangnya 47 rakyat Malaysia sudah menyertai IS di Syria dan Iraq termasuk 12 wanita.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, lapan kanak-kanak sudah direkrut dan dilarikan ke sana untuk meneruskan perjuangan mereka,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini 55 rakyat tempatan berada di negara tetapi lapan daripada mereka sudah pulang ke tanah air sebelum ditahan dan didakwa di mahkamah.

“Ada juga ahli keluarga militan ini yang meminta bantuan kami untuk membawa pulang mereka ke tanah air tetapi ‘pejuang IS’ ini enggan pulang,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.