Kiriman pada: Wed, Jul 15th, 2015

Laporan Awal Ketua Audit Negara Tunjukkan Tiada Bukti Salah Laku

Kongsi maklumat ini
Tags

Ahmad Husni Hanadzlah5Kuala Lumpur – Laporan awal siasatan Ketua Audit Negara terhadap aktiviti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak menemui sebarang salah laku, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

“Jadi tuduhan melulu sesetengah pihak termasuk kehilangan RM42 bilion dan pemindahan AS$700 juta ke akaun peribadi seseorang tidak timbul.

“Saya harap semua dakwaan tidak berasas ini dihentikan. Kita perlu bersabar dan tunggu laporan akhir Ketua Audit Negara serta Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC),” kata Husni dalam satu kenyataan.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang menyerahkan laporan awal itu kepada Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed di Parlimen minggu lepas.

Dalam kenyataan hari ini, Husni berkata kementeriannya kini menumpukan kepada pelan rasionalisasi di mana kerajaan komited menyelesaikan isu hutang 1MDB.

“Sasaran muktamad pelan itu adalah mengimbangi aset 1MDB dan hutangnya bagi menyokong struktur kewangan untuk memastikan ia mampu berkembang,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.