Kiriman pada: Wed, Feb 24th, 2016

Laporan tidak berasas punca kepercayaan masyarakat terhadap media sosial menurun

Kongsi maklumat ini
Tags

KUALA LUMPUR: Perbuatan segelintir pengguna media sosial, termasuk di media atas talian yang memuatkan maklumat yang tidak berasas serta saih punca masyarakat hilang kepercayaan terhadap maklumat berkenaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Ramai ketika ini yang memiliki ilmu, matang dan bijak. Mereka boleh membuat perbandingan dari sumber-sumber lain.

“Akhirnya berita-berita yang ada kredibiliti saja yang mereka ikuti,” katanya.

Menurutnya, media sosial sepatutnya dijadikan sebagai wadah untuk menjalinkan jaringan sosial dan berkongsi maklumat yang sahih dan bukan untuk disalahgunakan.

Salleh mengulas mengenai tahap kepercayaan rakyat Malaysia terhadap media, kerajaan dan sektor niaga di negara ini rata-rata didapati semakin menurun.

Trend itu didedahkan laporan kajian Trust Barometer 2016 yang dikeluarkan syarikat konsultasi komunikasi antarabangsa, Edelman.

Menurut laporan itu, berbanding tiga institusi berkenaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) didapati lebih dipercayai masyarakat umum.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.