Kiriman pada: Thu, Jul 9th, 2015

‘Lawyer’ Pokok Cherry

Kongsi maklumat ini
Tags

72d7480c-6a87-438a-9db4-04e031e4df5aAgak menghairankan juga apabila ada yang mengaku sebagai peguam menghina dan memperlekeh rakan sejawat mereka kononnya tidak bijak didalam bertindak serta mengambil tindakan. Tohmahan itu terus di tujukan kepada peguam yang mewakili Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak didalam isu fitnah yang di lemparkan oleh The Wall Street Journal (WSJ).

Mereka memperlekeh akan surat yang di keluarkan oleh team peguam dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tanpa menilai secara mendalam akan plan tindakan team pegua Najib ini.

Itu sebablah mereka ini boleh dikatakan ‘kurang’ berjaya didalam kerjaya mereka atau lebih di kenali oleh kelumpok mereka sebagai peguam rubber stamp atau peguam pokok cherry.

Bagi penulis yang tidak pernah menduduki kertas ujian untuk melayakkan menjadi peguam merasakan bahawa tindakkan peguam yang mewakili Dato’ Seri Najib ada strateginya.

Pertamanya surat yang dikatakan sebagai satu pertanyaan kepada Dow Jones, ia ini penerbit The Wall Street Journal adalah tepat, saperti kita jelas untuk mendakwa kita perlu perkara yang boleh di zahirkan terutama bukti, jadi pertanyaan mereka kepada pihak Dow Jones adalah bagi memastikan bahawa perkara fitnah yang di hebahkan memang sah dari pihak mereka.

Bagaimana hendak mendakwa jika ‘subjek’ tidak dapat di zahirkan, makamah sudah pasti akan membuang atau menolak kes ini mentah-mentah kerana tiada subjek, sebagai contoh bagaimana makamah boleh mendakwa jika Dow Jones adalah sebatang tungul pokok.

Siapa yang hendak di dakwa atau di saman, WSJ atau Dow Jones, begitu juga dengan Serawak Report, adakah SR ini ujud di alam nyata atau sekadar di alam maya sahaja, jika ujud di mana keujudannya, walaupun mengunakan nama Serawak salah satu negeri di Malaysia belum tentu pemiliknya beroperasi di Serawak, kerana mereka boleh berada dimana mana.

Keduanya soal bertanyakan alamat sudah pasti untuk memastikan bahawa surat saman boleh di hantar ke alamat yang boleh di terima dan di tanda-tangani si penerima sebagai membuktikan bahawa surat tersebut sudah sah di hantar dan di terima dengan pembuktian dokumen penghantaran.

Saperti pengalaman penulis, Makamah gagal bersidang kerana peguam ‘plaintiff’ gagal menghantar surat ke tangan penulis sahingga penulis di khianati oleh rakan sendiri yang akhirnya surat peguam dapat di sampaikan kepada penulis ( rakan ini telah menyerahkan alamat penuh penulis kepada peguam ‘plaintiff’) dan terpaksa hadir ke makamah yang telah tertangguh kerana pihak peguam ‘plaintiff’ gagal menyerahkan surat kepada penulis sebagai ‘defendant’.

Jadi adalah penting pihak peguam Najib mengetahui siapa yang boleh menerima surat saman itu nanti, tidak tahulah jika ada peguam yang melihat tindakan ini sebagai satu kebodohan. Mungkin ada perkara yang mereka tidak tahu akan tektik dan teknik serta permainnan didalam bidang guaman ini.

Itu sebab mereka-mereka yang mengutuk tindakan peguam Najib ini tidak ke mana arah kerjaya mereka dan selayaknya di gelar ‘lawyer pokok cherry’ atau ‘lawyer rubber stamp’.

Mengikut keterangan dari seorang rakan penulis bahawa kandungan surat peguam Najib kepada WSJ adalah bercirikan karektor konsep caratulis modus surat peguam bagi tujuan saman ‘defamation’ di USA.

Menurut beliau peguam Malaysia telah terbiasa dengan modus surat peguam kepada ‘defendant’ tempatan sahaja ataupun surat yang berpaten untuk kes-kes yang berkaitan dengan undang-undang British sahaja.

Tidak banyak peguam Malaysia ada pengalaman berurusan dengan kes daripada Amerika atau pun undang-undang Amerika atau pun fasih dengan konsep atau pun karektor modus amalan biasa untuk proses tindakan undang-undang di Amerika.

Mereka yang bercakap di media sosial ini mungkin tidak tahu bahawa team peguam Najib mendapat bimbingan dan bantuan dari beberapa orang peguam tersohor tanah air dan juga para peguam dari Amerika Syarikat yang lebih berpengalaman dan mahir dalam konsep dan karektor surat permula tindakan undang-undang di USA.

Penulis di maklumkan kemungkinan Team Peguam Najib juga akan di bantu oleh peguam dari Amerika Syarikat sendiri untuk berdepan dengan Dow Jones, dalam isu fitnah oleh ‘Wall Street Journal’.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.