Kiriman pada: Tue, Dec 15th, 2015

Lebih 100 dipindahkan di Changkat Jong, Parit

Kongsi maklumat ini
Tags

BANJIRIPOH: Satu lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Changkat Jong, daerah Hilir Perak pada jam 6 petang tadi bagi menempatkan kira-kira 22 mangsa banjir selepas paras air naik hingga 3.30 meter di kawasan itu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Yahya Madis, berkata semua mangsa banjir dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong. “Semua mangsa berpindah ke pusat itu selepas rumah mereka di Lorong Mesra dinaiki air berikutan air pasang besar,” katanya ketika dihubungi. Sementara itu, 87 mangsa banjir membabitkan 19 keluarga masih ditempatkan di Surau Nurul Jannah, Layang-layang Kiri Parit 6, Perak Tengah hingga jam 6 petang tadi. Katanya, pembukaan pusat pemindahan di Hilir Perak menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir di Perak seramai 109 orang. “Semua mangsa berpindah ke pusat pemindahan berkenaan secara sukarela dari kediaman masing-masing di Kampung Parit 6 selepas paras air naik antara 0.31 hingga 0.61 meter sejak dua hari lalu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.