Kiriman pada: Wed, Mar 18th, 2015

Lebih 32,000 Unit Rumah Mesra Rakyat Telah Dibina SPNB

Kongsi maklumat ini
Tags

rumah-spnbKuala Lumpur – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah membina 32,948 unit rumah mesra rakyat (RMR) di seluruh negara sejak tahun 2002, menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ketika sesi Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, ketika ini sebanyak 2803 unit RMR sedang dalam proses pembinaan di seluruh negara yang melibatkan tanah-tanah rancangan Felda dan kampung-kampung kelompok.

“Kami menerima 74022 permohonan. Sebanyak 35751 permohonan telah diluluskan … selebihnya ditolak kerana pendapatan isi rumah pemohon melebihi RM3,000 sebulan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) berhubung isu pemilikan tanah bagi projek itu.

Pecahan RMR mengikut negeri ialah seperti berikut; Terengganu 4,702 unit, Kelantan (4,812), Pahang (2,837), Perak (3,467), Pulau Pinang (255), Kedah (4,150), Perlis (714) dan Negeri Sembilan (2683 ).

Sementara di Selangor pula katanya terdapat 1,528 unit, Melaka (1689), Johor (4402), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (9), Sabah (770), Sarawak (893) dan Wilayah Persekutuan Labuan (37).

Menjawab soalan asal Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik), mengenai peruntukan kerajaan untuk pembinaan RMR, Ahmad berkata kerajaan telah memberikan subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap unit perumahan yang dibina.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.