Kiriman pada: Mon, Feb 15th, 2016

Lebih 500 Penduduk Terima BR1M

Kongsi maklumat ini
Tags

ghdkTELOK PANGLIMA GARANG – Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) perlu memanfaatkan bantuan sebaik mungkin.

Pengerusi Pembangunan Luar Bandar Parlimen Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd Karli berkata, penerima dilihat mulai sedar akan bantuan yang diterima sedikit sebanyak membantu menambah pendapatan mereka bulan ini.

“Saya harap mereka dapat menggunakan bantuan dengan sebaiknya dan tidak membeli barang yang tidak berfaedah.

“Walaupun bantuan yang diterima itu bukanlah jumlah yang besar bagi sesetengah pihak, namun bagi keluarga yang berpendapatan rendah ia sangat bermakna,” katanya.

Menurutnya, penerima adalah mereka yang berpendapatan rendah dan seharusnya ia digunakan untuk perbelanjaan barang keperluan harian.

“Kalau guna baik-baik, mesti kos belanja bulan ni dapat dikurangkan.

“Kita tengok mereka yang dapat BR1M hari ni begitu bersemangat,” katanya.

Seramai lebih 500 penduduk sekitar Kuala Langat menerima BR1M di Telok Panglima Garang, kelmarin.

Dalam pada itu, Sulaiman mencadangkan penerima membuka akaun bank bagi memudahkan pembayaran BR1M dibuat pada masa depan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.