Kiriman pada: Sun, Jul 5th, 2015

Lebih 5,000 Tunai Solat Tarawih Perdana Di Dataran Merdeka

Kongsi maklumat ini
Tags

SOLAT TARAWIH PERDANA DI IFTAR@KLKuala Lumpur – Lebih 5,000 orang menyertai program solat Isyak dan Tarawih Perdana di padang Dataran Merdeka semalam yang diimamkan oleh Imam dari Mekah, Dr Hussam Nojoom Abdul Rahman.

Beliau turut melaungkan azan Isyak.

Turut hadir Penasihat Sosio Budaya kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib memberitahu acara julung kali itu bertujuan menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan yang menyemarakkan kegiatan rohani dan kesenian Islam kepada masyarakat khusus generasi muda.

“Kami mahu mengimarah dan memakmurkan Ramadan sebagai bulan ibadah dan bulan keprihatinan sesama insan melalui amalan kebajikan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim,” katanya.

Beliau berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bercadang menjadikan program itu sebagai acara tahunan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.