Kiriman pada: Thu, Dec 10th, 2015

Lebih 90 peratus aku janji PRU13 ditunaikan

Kongsi maklumat ini
Tags

UMNO2015KUALA LUMPUR : Lebih 90 peratus perkara dalam aku janji Barisan Nasional (BN) yang dibuat ketika Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) lalu berjaya dikota dan tunaikan,” kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, bukti kejayan itu boleh dilihat di ruangan pameran di aras dua Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), lokasi khas pameran bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2015. “Namun apa pun, kita perakui, masih terdapat dua atau tiga perkara yang besar dan subjektif, seperti perumahan rakyat dan kos sara hidup, yang saya dan rakan kepimpinan negara faham bahawa isu ini adalah besar dan menjadi keresahan utama rakyat. “Pokoknya, kita akan terus berusaha, bagi meringankan beban rakyat dengan pelbagai bantuan seperti BR1M; Klinik Rakyat 1Malaysia; Kedai Rakyat 1Malaysia dan projek Perumahan Mampu Milik serta kenaikan gaji minimum dan juga kenaikan gaji tahunan untuk penjawat awam,” katanya ketika menyampaikan ucapan Dasar Presiden UMNO PAU 2015, sebentar tadi. Dalam ucapan sama, Najib juga mahu supaya UMNO tidak hilang fokus dalam mempastikan segala aku janji itu terus ditunai dan lunaskan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.