Kiriman pada: Tue, Dec 27th, 2016

Lebih Baik Mahathir Henti Buat Kerja Sia-Sia

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Tun Dr Mahathir Mohamad diminta berhenti daripada terus mencari jalan menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dengan membuat dakwaan tidak berasas termasuk menuduh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai wang rasuah.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu dinasihat menggunakan baki usia yang ada untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan seharian.

Sambil menyifatkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sebagai orang kecewa dan putus asa, Tan Sri Dr Harussani Zakaria juga menasihatkan Dr Mahathir supaya menghentikan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai.

Dakwaan BR1M sebagai wang rasuah adalah satu penghinaan kepada kerajaan dan penerima kerana bantuan itu adalah antara program ke arah menjayakan konsep negara berkebajikan, malah tindakan sama dilakukan Mahathir dalam isu pemberian bantuan wang ehsan khusus kepada rakyat Terengganu.

“Dr Mahathir tidak berhak mengeluarkan fatwa mengenai BR1M kerana beliau bukan orang alim, malah beliau mungkin tidak memahami takrif rasuah.

Saya nasihatkan berhentilah mencari jalan menjatuhkan orang dengan membuat tuduhan yang bukan-bukan, lebih baik beramal di hujung hayat yang masih ada.

“Tuduhan Mahathir itu akhirnya akan menimbulkan kebencian rakyat sedangkan beliau tahu siapa saja yang makan rasuah sudah tentu masuk neraka sedangkan bantuan itu adalah antara program kebajikan untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik.

“Sikap Mahathir itu jelas menggambarkan beliau sebagai orang yang kecewa dan berputus asa apabila parti baharu yang ditubuhkan itu gagal meraih sokongan dan sambutan daripada rakyat”.

Harussani turut berkata, adalah jelas program BR1M bukan rasuah kerana semua golongan tanpa mengira bangsa dan ideologi politik menikmati bantuan itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.