Kiriman pada: Tue, Aug 25th, 2015

Lebih cekap cekup penjenayah

Kongsi maklumat ini
Tags

25hmpolislanih.transformedKuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan penggunaan teknologi Axon Body Camera (kamera tubuh) yang dipakai bersama pistol ‘Electroshock Gun Taser X26’ dalam penugasan menangani ancaman dan cabaran berhadapan penjenayah.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, Axon Body Camera satu peralatan yang berfungsi sebagai kamera dan dipakai pada badan pegawai atau anggota polis dalam tugasan.
“Dengan adanya penggunaan kamera ini, ia bertindak sebagai ‘pengawal’ untuk memastikan anggota polis sentiasa mematuhi arahan dalam penugasan dijalankan.
“Dalam masa sama, ia membantu PDRM mengurangkan tohmahan dalam tindakan diambil ketika bertugas, sekali gus membantu proses pendakwaan jenayah lebih berkesan,” katanya.
Sementara itu beliau berkata, Electroshock Gun Taser X26 pula senjata berbentuk pistol dan berupaya menembak damak dan melumpuhkan individu ditembak.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.