Kiriman pada: Wed, Jul 1st, 2015

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak pemangkin transformasi hidup rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

PTJ14_300615_PAN_BORNEOKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yakin pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak akan menjadi pemangkin transformasi kehidupan rakyat dan membawa pertumbuhan ekonomi yang pesat di negeri itu. Perdana Menteri Berkata, ia juga dapat merealisasikan usaha kerajaan melaksanakan pembangunan yang berpaksikan rakyat di Sarawak, memandangkan lebuh raya berkenaan adalah penghubung bandar-bandar utama di negeri itu dan seterusnya bertemu dengan lebuh raya di Sabah. “Impian saya untuk melihat pembangunan sama rata dan pengurangan jurang antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak semakin menjadi kenyataan.

“Insya-Allah kita akan berusaha melaksanakan projek ini bersama,” katanya dalam catatan terbaharu blog www.najibrazak.com hari ini. Semalam, perdana menteri menyaksikan pemeteraian perjanjian pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang 1,090 kilometer di Sarawak melibatkan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Sarawak dan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) di Putrajaya. Perjanjian itu ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Seri Zohari Akob, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pengerusi LBU Tan Sri Abang Ahmad Urai Hakim Abang Mohideen. Turut hadir menyaksikan majlis menandantangani perjanjian itu ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. Fasa pertama pembinaan lebuhraya itu membabitkan jajaran sepanjang 773 kilometer yang dijangka dimulakan pada September ini. Lebuhraya Pan Borneo Sarawak adalah sebahagian daripada Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer akan menjadi penghubung bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak. Menurut Najib, sebagaimana Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) membuka peluang pembangunan dan penambahbaikan perhubungan antara bandar di Semenanjung Malaysia, perkara sama boleh dicapai melalui pembinaan Lebuhraya Pan Borneo. Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo membabitkan kos keseluruhan RM27 bilion dan dijangka siap pada tahun 2020.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.