Kiriman pada: Sun, Feb 28th, 2016

Lelaki ditemui mati ditetak selepas berhibur di Petaling Jaya

Kongsi maklumat ini
Tags

29stetakPETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 36 tahun ditemui mati selepas dipercayai ditetak sekumpulan lelaki berhampiran Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, Jalan Utara di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan perut manakala rakannya cedera di tangan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, ketika kejadian mangsa bersama rakannya dalam perjalanan pulang menaiki motosikal selepas berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Gasing.

Bagaimanapun, mereka ditahan 12 lelaki menaiki empat kereta sebelum berlaku pergaduhan.

Mangsa maut di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.