Kiriman pada: Mon, Jan 18th, 2016

Lelaki Parah Sebab Vape, Netizen Kita Sempat Bersarkastik?

Kongsi maklumat ini
Tags

nmdgfkVape mengundang padah lagi. Malang bagi seorang lelaki apabila vape kepunyaan beliau ibarat ‘makan tuan’ kerana telah mengakibatkan lelaki tersebut mengalami luka melecur yang teruk.

Sebenarnya vape yang sedang dicas meletup secara tiba-tiba. Bayangkan bateri vape yang meletup itu menghasilkan api lalu ‘menyerang’ tuan sendiri.

Situasi menjadi ngeri kerana api yang terhasil daripada letupan telah membakar muka dan tangan kanan pemilik vape itu. Kemalangan itu berlaku secara pantas ketika beliau sedang tidur.

gjdy

hjwtrky

Nasib baik pada ketika itu anak-anak beliau tidak berada berdekatan. Perkara lebih buruk mungkin boleh berlaku sekiranya kejadian ngeri itu turut melibatkan anak-anak beliau.

Walaupun kejadian itu berlaku di Britain namun harus diambil perhatian oleh penghisap vape di Malaysia ini juga. Untuk rekod, sekurang-kurangnya 100 kes rokok elektronik meletup dilaporkan di negara itu.

Agak lucu apabila ada netizen di Malaysia termasuk yang bergelar selebriti suka untuk membuat kenyataan sarkastik berhubung pendirian kerajaan mengenai vape ini, bagai lebih ‘mengagungkan’ pendirian pemimpin dari Britain pula.

Harus diingat kerajaan tidak membuat pendirian bersifat populariti, ia lebih kepada ketegasan demi kebaikan dan kesihatan rakyat. Banyak komen dari netizen nampaknya berdasarkan persepsi mereka sahaja.

 

 

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.