Kiriman pada: Tue, Jul 14th, 2015

Lemak Pak Ali jadi rebutan menjelang Aidilfitri

Kongsi maklumat ini
Tags

14hm17aaa.transformedKuala Lumpur: Hanya tinggal tiga hari lagi umat Islam bakal menyambut Aidilfitri dan orang ramai mula membuat persiapan seperti mendapatkan juadah tradisional termasuk lemang dan ketupat.
Pengusaha lemang yang terkenal dengan jolokan ‘Lord of The Lemang’, Md Ramli Abdul Rasip, 73, atau lebih dikenali dengan nama Pak Ali berkata, kegilaan masyarakat terhadap makanan tradisional itu tidak pernah pudar.
Menurutnya, melalui pengalamannya menjual lemang selama 31 tahun, penerimaan masyarakat terhadap lemang ketika musim perayaan di luar jangkaan sehingga menyebabkan beliau terpaksa menggunakan sebanyak tiga tan beras pulut pada tahun ini bagi memenuhi permintaan pelanggan.
“Saya rasa tiga tan ini pun tidak cukup kerana rata-rata pelanggan akan membeli lebih 50 batang lemang untuk dibawa pulang ke kampung halaman.
“Ada juga pelanggan yang datang dari jauh dan beli sehingga 200 batang lemang sekali gus untuk dihidangkan kepada tetamu pada Aidilfitri,” katanya ketika ditemui di gerainya berhampiran jalan raya Lingkaran Tengah II (MMR2), Hulu Klang.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.