Kiriman pada: Mon, Dec 21st, 2015

Letupan bukan bom punca kebakaran 6 kereta

Kongsi maklumat ini
Tags

KERETA TERBAKAR DI TAMAN JAYAKUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki menaiki motosikal yang dipercayai membakar sebuah kereta di tempat letak kereta di Stesen LRT Taman Jaya, berhampiran Amcorp Mall sehingga menyebabkan lima lagi kereta lain terbakar. Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata pihaknya kini sudah mengenal pasti identiti suspek terbabit berdasarkan maklumat daripada pengadu dan saksi kejadian. “Suspek terbabit didapati mencurah petrol ke arah sebuah kereta sebelum menyalakan api dengan tujuan ingin membakar kereta berkenaan. “Setakat ini motif sebenar suspek sedang disiasat dan kita masih mengumpul segala maklumat yang ada,” katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi. Mohd Zani berkata, pihaknya juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian selain mendapatkan butiran lanjut siasatan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM). “Sehubungan itu juga, saya ingin memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak menyebarkan sebarang khabar angin kononnya berlaku letupan bom hingga menyebabkan kebakaran terjadi. “Tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini boleh mencetuskan kebimbangan kepada orang ramai dan ini juga adalah satu kesalahan,” katanya. Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari, dua daripada enam kereta jenis Toyota Vios dan Proton Wira dilaporkan musnah sepenuhnya. Empat lagi kereta jenis Suzuki Swift dan Proton BML terbakar 70 peratus manakala sebuah Proton Gen2 dan kereta jensi Honda terbakar 20 peratus. Sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Jalan Penchala, yang tiba pada jam 1.09 tengah hari dapat memadamkan api dalam masa hampir setengah jam. Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian itu.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.