Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

Letupkan Diri Tindakan Terpesong

Kongsi maklumat ini
Tags

fhjdfSHAH ALAM – Walau apa jua pegangan agama rakyat di negara ini, tindakan meletupkan diri adalah sesuatu perkara yang tidak betul malah jauh terpesong dari tuntutan agama, kata Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Menurutnya, memusnahkan diri sendiri walau dengan apa juga cara, tidak akan membawa ke syurga dan apa yang berlaku kini terlalu nyata bercanggah dengan ajaran Islam sendiri.

“Kejadian yang berlaku tidak wajar, malah jika benar demi jihad, ia dilakukan di negara yang tidak dijajah. Seperti Palestin, lain keadaannya kerana negara tersebut memang dijajah oleh Yahudi (Israel).

“Ia (pengebom berani mati) kini telah menjadi isu global yang sentiasa membawa kepada situasi bimbang terutamanya kepada kita semua selaku orang ramai yang terdedah kepada risiko berhadapan situasi berkenaan,” katanya.

Ujar beliau, kematian pasti akan berlaku ke atas setiap yang hidup namun kejadian seumpama itu hanya diandaikan berkemungkinan berlaku di negara ini kerana ia baru sahaja berlaku di negara jiran Indonesia.

“Kita tidak pasti keadaan keselamatan yang sebenar namun sebagai orang Islam, kita seharusnya mengambil berat tentang isu keselamatan dan perlu mengambil langkah berwaspada dan lebih berhati-hati kini.

“Nasihat pihak berkuasa perlu dipatuhi, kuarantin diri dari pergi ke kawasan berisiko atau tidak selamat yang dimaklum polis bagi mengelak dari berhadapan risiko bahaya yang menanti,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.