Kiriman pada: Wed, Dec 23rd, 2015

LHDN Perlu Perkasa Usaha Tangani Isu Percukaian

Kongsi maklumat ini
Tags

hdgjkPutrajaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu memperkasa usaha menangani isu percukaian bagi merealisasikan sasaran kutipan hasil berkenaan.

Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata, antara isu yang perlu diatasi termasuk kegagalan para pembayar mengemukakan borang cukai, tidak melaporkan hasil pendapatan dan potongan cukai sebenar serta perbuatan mengelak daripada menunaikan tanggungjawab membayar cukai.

“LHDN sebagai ejen kutipan hasil kepada negara, perlulah sentiasa menjadi pemacu dalam meningkatkan produktiviti pengurusan percukaian supaya ia lebih efektif bagi mengatasi sebarang isu (yang berbangkit),” katanya merasmikan Pusat Pemprosesan Maklumat (PPM) LHDN di Bandar Baru Bangi.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar.

Untuk rekod, LHDN menyasarkan kutipan cukai sebanyak RM142 bilion tahun ini iaitu peningkatan RM2 bilion berbanding tahun sebelumnya, namun Kementerian Kewangan menurunkan sasaran tersebut kepada sekitar RM130 bilion berikutan kejatuhan harga minyak.

“LHDN sentiasa berusaha untuk menguruskan permintaan para pembayar cukai dengan sebaik mungkin. Ini termasuk penyediaan pelbagai perkhidmatan elektronik atau ‘e-services’ (e-perkhidmatan) bagi kemudahan urusan pembayaran cukai,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.