Kiriman pada: Mon, Feb 15th, 2016

Liga Super 2016: Betulkah Akan Jadi Viral Kalau Kelantan Dan JDT Kalah?

Kongsi maklumat ini
Tags

Liga-Super-Malaysia-2016

Tumpuan pastinya akan terarah kepada dua pasukan termahal Liga Super tahun 2016 iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan. Kisah penajaan dua pasukan itu membuatkan penyokong pasukan-pasukan lain cemburu melihat persiapan gah dua pasukan dari pantai timur dan selatan tanah air itu.

Setujukah bahawa kisah kedua-dua skuad berbajet besar ini akan menjadi lebih viral sekiranya mereka kalah berbanding mencipta kemenangan? Mampukah Kelantan dan JDT menghadapi serangan psikologi dari penyokong-penyokong pasukan lain? Sudah pasti mereka mahu melihat pasukan mereka menang ke atas Kelantan dan JDT.

Seperti liga-liga lain diperingkat antarabangsa, serangan psikologi ke atas pasukan lawan adalah sesuatu yang menarik. Seharusnya semua pihak harus lebih professional supaya kerancakkan saingan liga itu tidak terbantut kerana tak tahan kena bahan.

Saingan Liga Super 2016 baru sahaja bermula, maka bermulalah segala macam ragam penyokong yang mahu mempertahankan pasukan masing-masing. Kepada penyokong Kelantan dan JDT, mereka seharusnya lebih kental untuk mempertahankan pasukan kesayangan mereka.

Anggaplah ‘gaduh-gaduh’ bola sepak itu adalah sebagai ragam penyokong sahaja, tetapi tidak sampai ke tahap yang boleh memecah-belahkan kita sebagai penyokong pasukan Harimau Malaysia.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.