Kiriman pada: Tue, Feb 16th, 2016

Liga Super 2016: Takkan Skuad Bajet Mahal Nak Masuk ‘Gua’ Malam Ini

Kongsi maklumat ini
Tags
Gambar sekadar hiasan.

Gambar sekadar hiasan.

 

Perlawanan kedua untuk saingan Liga Super malam ini semua pasukan akan cuba membuat kemenangan untuk menjarakkan kedudukan dalam liga. Walaupun baru perlawanan kedua sudah semestinya kemenangan awal ditagih untuk motivasi pasukan.

Siapa sangka untuk perlawanan pertama hanya boleh dikatakan sebagai ‘nasib’ tetapi untuk malam ini akan masuk dalam ‘gua’ pula. Sebenarnya Ungkapan ‘masuk gua’ ini popular sebagai troll untuk peminat pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris yang tewas.

Setiap pasukan mempunyai bajet tersendiri, rata-rata mahal bajetnya dan ada juga terlalu mahal.

Mana mungkin sudah melabur sebegitu tinggi hendak masuk ke dalam ‘gua’. Tetapi bagi peminat-peminat bola sepak tempatan sudah pastinya mahu pasukan dan penyokong lawan mereka merasai pengalaman untuk masuk ke dalam ‘gua’.

Perlawanan malam ini akan menyaksikan Kedah bertemu Terengganu, Pulau Pinang jumpa Pahang, Sarawak lawan Felda United, Perak menyambut Selangor, PDRM berkunjung ke Kelantan dan T Team menanti JDT.

Peminat-peminat pastinya tidak sabar menanti keputusan malam ini yang akan menunjuk mereka ke ‘lokasi’ mana. Adakah mahligai indah ataupun gua?

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.