Kiriman pada: Tue, Mar 10th, 2015

Liku-Liku Kehidupan Yang Ditempuhi

Kongsi maklumat ini
Tags

liku2hidupKadang-kadang hidup kita BUKAN SEMUDAH berkata-kata. Kadang-kadang juga kita tidak selalunya betul, ada saatnya juga kita tergelincir dalam hidup. Sebuah perjalanan yang tidak tahu di mana penghujungnya. Hidup ini bukanlah semudah yang disangkakan, bukan juga sesenang yang dirasakan. Hidup tidak selalunya indah, tetapi yang indah itu tetap segar dalam kenangan, ingatlah walau pahit sekali pun setiap kenangan dan kehidupan yang kita lalui, sebenarnya itu adalah penawar untuk mengajar kita mencari sesuatu yang lebih baik.

Usahlah dikesal benda yang telah pergi dan janganlah terlalu mengharap sesuatu yang belum pasti akan menjadi hak kita. Hati yang terluka jika tidak kembali kepada Allah akan mudah merana. Ketenangan hanya dapat dirasai dengan mencintai Allah lebih dari segala-galanya.

Kadang-kadang kesedihan itu bukan tidak baik pada kita, mungkin kesedihan itu akan mengajar kita lebih hargai hidup. Mungkin kesedihan itu akan mematangkan diri kita dalam mengharungi hidup yang entah bila dan entah apa penyudahnya.

Kalau kita fikir, kitalah yang paling terluka dan sengsara sehinggakan pernah terdetik di hati kita dah tidak sanggup untuk hidup lagi, tetapi sebenarnya ada orang yang lebih merana dari kita. Kita cukup bertuah kerana kita ada family yang selalu berada di belakang kita. Kita ada kawan-kawan rapat yang sentiasa susah senang dengan kita dan kita ada kawan-kawan FB yang selalu memberi semangat kepada kita.

Hidup kita akan jadi lebih baik bila kita pernah tersungkur. Hidup kita akan bertambah yakin bila kita jatuh terhumban. Duri-duri yang mencakar tubuh kita memang pedih tapi semua itu akan terubat bila kita lihat kedudukan kita sekarang. Sesekali menangis jiwa kita di didik dengan indahnya sabar dan rehda. Yakin dan percaya akan ketentuanNya. Malah kita akan terasa megah dengan apa yang kita miliki saat ini atas pengajaran kita yang lepas. Sentiasalah beristiqamah..

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.