Kiriman pada: Sat, Jul 25th, 2015

Lim Guan Eng Tidak Matang

Kongsi maklumat ini
Tags

dhxfjmSHAH ALAM – Seorang yang tidak matang, demikian respon ringkas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila Guan Eng baru-baru ini mendakwa, Pas memberi sokongan kepada BN dalam isu 1MDB.

Oleh itu, Nik Zawawi berkata, Guan Eng perlu bertindak seperti ‘jantan’ dengan tidak memalitkan satu-satu kesalahan kepada orang lain dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas.

“Bertindak biarlah seperti orang yang matang,” katany.

Terdahulu, Guan Eng mendakwa BN kini tidak teragak-agak bertindak terhadap pembangkang dalam isu 1MDB kerana mereka mendapat sokongan daripada Pas.

“Saya mengucapkan tahniah kepada BN kerana mendapat sokongan daripada Pas dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” kata Lim pada sidang media di Georgetown.

Guan Eng berkata demikian sebagai mengulas larangan ke luar negara oleh pihak berkuasa terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua dan Rafizi Ramli (Pandan) serta pemilik kumpulan media The Edge, Tong Kooi Ong.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.