Kiriman pada: Tue, Jul 14th, 2015

Lima Lagi Pangkalan Hadapan Bakal Diwujud

Kongsi maklumat ini
Tags

ghjgxkdSIK – Lima lagi Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) Tentera Darat akan diwujudkan di sempadan Malaysia-Thailand, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, FOB yang membolehkan pengawasan rapi dibuat di kawasan sempadan, akan diwujudkan di negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, Perlis dan Perak.

“Melaluinya kita mampu hantar pasukan peronda yang banyak, dan dominasi kawasan itu jelas lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas melawat Markas Taktikal 1 Rejimen Sempadan di sini malam tadi.

Beliau berkata, penambahan FOB itu merupakan hasil daripada kejayaan dua projek perintis FOB sebelum ini yang beroperasi di zon utara iaitu FOB Weng dan FOB Temenggor, selama hampir dua tahun.

Penubuhan FOB, menurutnya, selain mampu mengekang masalah penyeludupan, turut berupaya meningkatkan keberkesanan pelaksanaan operasi terutamanya untuk mendominasi keseluruhan kawasan persempadanan.

“Sebab itu, melihat rentas sempadan, kita mesti juga lihat rentas jenayah dan rentas agensi dan keperluan Angkatan Tentera Malaysia untuk bekerjasama,” kata Hishammuddin.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.