Kiriman pada: Mon, Mar 16th, 2015

LIMA Langkawi – Pemantauan Kebersihan Dan Harga Makanan

Kongsi maklumat ini
Tags

2007120910123010Segalanya siap sedia dan berjalan lancar, Bermula esok hingga 21 Mach 2015, Pulau Lagenda Langkali sekali lagi menjadi tumpuan dunia dengan kembalinya pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi atau LIMA 15. LIMA kali ini ia itu edisi ke13 di sertai oleh lebih 500 syarikat dari 36 negara, Penyertaan terbesar sejak 1991.

Pihak penganjur menyasarkan kehadiran 200 ribu pengunjung awam dan 40 ribu pengunjung perniagaan, Pameran ini bukan sahaja landasan terbaik industri pertahanan mempromosi keupayaan teknologi, produk dan perkhidmatan tetapi juga dapat memperkukuhkan hubungan yang erat dalam kalangan negara Asean.

Langkah tersebut bertepatan dengan kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi Asean. Namun bagi memastikan kejayaan LIMA sokongan serta kerja sama semua pihak khususnya masyarakat setempat amat di perlukan. Apa tah lagi ia membabitkan imej Langkawi sebagai destinasi pelancungan utama negara.

Dua perkara yang seringkali di perkatakan setiap kali penganjuran LIMA ialah harga barangan dan soal kebersihan, Tanpa perhatian serius ia boleh memberi gambaran buruk. Sedar akan kepentingannya pihak berkuasa mengadakan pemantauan secara berterusan sejak awal lagi.

Usaha itu bagi menbendung kenaikkan harga barangan yang melampau. Dalam hal ini kita berharapkan kerjasama pihak peniaga termasuk pengusaha hotel agar tidak terlalu memikirkan keuntungan jangka pendek, Tambahan pula peningkatan mendadak jumlah pengunjung semasa LIMA tetap akan melariskan jualan tanpa kenaikkan harga.

Pada masa sama kinta mengharapkan agar kerja sama orang ramai khusunya pelancung untuk melaporkan kepada pihak berwajib jika ada didapati peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barangan secara melampau.

Berkaitan dengan aspek kebersihan usaha Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancungan menubuhkan pasukan pemantau bagi memastikan kebersihan di kawasan tumpuan orang ramai sepanjang acara itu amat wajar. Selain pasukan pemantau itu jadual kutipan sampah juga di tingkatkan kepada tiga kali sehari.

Di sebalik langkah pihak berkuasa yang berkaitan, Orang ramai sama ada penduduk tempatan Langkawi atau pengunjung perlu lebih bertanggungjawab walakpun jadual kutipan sampah di tambah bukan bermakna kita boleh membuang samapah sewenang wenangnya.

Penganjuran LIMA turut memberi menfaat kepada negeri berjiran terutama Perlis yang merupakan salah satu pintu masuk utama ke Langkawi, Di anggarkan seramai 600 ribu pengunjung akan mengunakan jeti Kuala Perlis untuk ke Langkawi sepanjang tempoh 5 hari penganjurannya.

Berdasarkan itu wajarlah kerajaan negeri Perlis turut mengambil pelbagai langkah yang perlu termasuk memastikan kebersihan di kawasan Kuala Perlis.

Malah penuduk Perlis turut di nasihatkan supaya meningkatkan aspek kebersihan semasa pameran LIMA, Yang jelas LIMA bukan sekadar membabitkan Langkawi tetapi Malaysia keseluruhannya, Kita perlu bersama sama kerajaan memastikan penganjurannya memberi menafaat kepada rakyat dan masa depan negara.

Apa tah lagi ia mendapat liputan meluas media antarabangsa, Nahas yang membabitkan dua pesawat tentera Indonesia semasa latihan erobatik petang semalam tidak menjejaskan kemeriahan acara itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.