Kiriman pada: Sat, Jan 7th, 2017

Lima Terbunuh Dalam Insiden Tembakan Di Fort Lauderdale

Kongsi maklumat ini
Tags

Miami – Sekurang-kurangnya lima mati dan lapan cedera apabila seorang lelaki bersenjata dipercayai veteran Perang Iraq melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Fort Lauderdale, Hollywood, lapor pihak berkuasa, hari ini.

Suspek yang memiliki kad pengenalan tentera, ditahan dan disoal-siasat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berhubung kejadian tembakan hingga menyebabkan lapangan terbang antarabangsa itu terpaksa ditutup sementara.

Kejadian berlaku di tempat tuntutan bagasi Terminal 2, ketika penumpang sedang sibuk mengambil beg masing-masing apabila tiba-tiba dikejutkan oleh serangan lelaki terbabit yang dikenali sebagai Esteban Santiago.

Seorang saksi, John Schlicher memberitahu rangkaian berita Fox, ketika mengambil beg, dia terdengar tembakan pertama dan tiba-tiba seorang yang berada bersebelahan rebah.

“Penembak memegang pistol dan menembak ke arah orang ramai, ketika itu semua orang berdiri sedang menunggu bagasi,” katanya.

Setakat ini tidak ada petunjuk berhubung motif serangan di negara itu yang kerap berlaku keganasan senjata disebabkan mudah mendapatkan bekalan senjata api. – AFP

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.