Kiriman pada: Fri, Sep 16th, 2016

Liow: MRT2 Pemacu Pengangkutan Awam Bandar

Kongsi maklumat ini
Tags

liow‘Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemilik projek MRT2 itu, MRT Corp diatas kejayaan pelancaran hari ini. Kami sepenuh hati memberi sokongan kepada MRT2 dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah model pembangunan ekonomi bertaraf dunia melalui sistem pengangkutan’

Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Projek MRT Lembah Klang yang merupakan satu Projek Penggerak Ekonomi dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang.

Beliau berkata upacara pecah tanah MRT Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (SSP) Line oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib hari ini menandakan satu pencapaian baru dalam agenda pengangkutan awam bandar.

Sebagai sebahagian daripada Projek Rapid Transit Lembah Klang Mass, MRT2 akan melengkapkan projek kereta api Greater Kuala Lumpur secara keseluruhan, meningkatkan akses kepada penumpang di sepanjang Sungai Buloh, pusat bandar Kuala Lumpur dan Putrajaya melalui 37 stesen yang mana 11 daripadanya adalah di bawah tanah. Ia dijangka mempunyai bilangan penumpang lebih daripada 500,000 penumpang setiap hari sebaik sahaja selesai.

Laluan ini akan menyediakan penyambungan yang lancar melalui persimpangan dengan perkhidmatan kereta api lain yang sedia ada seperti LRT, Monorail, KTM Komuter dan ERL, lebih penting lagi, laluan sejauh 52.2 kilometer akan mempunyai pertukaran dengan kenderaan masa hadapan Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura.

Liow yang juga Presiden MCA turut berkata bahawa peningkatan yang berterusan dalam rangkaian pengangkutan awam di Greater Kuala Lumpur (Greater KL) adalah bukti kerajaan melaksanakan apa yang dijanjikan seperti tema “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

mrt_pm-630x453

Beliau juga memaklumkan bahawa perkara pengangkutan awam ini telah lama menjadi fokus utama bagi Kementerian Pengangkutan serta Kerajaan Malaysia.

MRT2 akan terus memacu usaha Pelan Pembangunan Rel Bandar dengan menyediakan rangkaian pengangkutan yang lebih efisien dalam kawasan pinggir bandar di Lembah Klang.

Sesuai dengan pertumbuhan dan kepesatan penduduk di sekitar bandar Kuala Lumpur, peningkatan kapasiti dan sambungan yang ditawarkan oleh MRT2 dengan laluan yang lain akan menggalakkan pengunaan kenderaan awam dari kenderaan persendirian, sekali gus mengurangkan kesesakan dan meningkatkan kualiti hidup.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.