Kiriman pada: Sun, Feb 14th, 2016

Liow Tiong Lai – Hanya Lori Paka Dibenar Angkut Bauksit

Kongsi maklumat ini
Tags

150305202006-liow-tiong-lai-full-169Menteri Pengangkutan telah menetapkan bahawa hanya hanya lori jenis paka sahaja yang akan dibenar untuk mengangkut bauksit selepas tempoh moratorium perlombongan bahan mineral itu berakhir April ini.

Kenyataan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dipetik sebagai berkata, kementeriannya telah menyediakan satu garis panduan yang nyata dan jelas kepada setiap pengendali dan pemandu lori hanya lori jenis paka sahaja yang dibenarkan untuk mengangkut bauksit.

Selain itu lori berkenaan juga hendaklah melalui jalan-jalan yang telah ditetapkan untuk mengangkut bahan mineral itu, langkah itu adalah bagi memastikan jalan-jalan di sekitarnya tidak tercemar dengan bauksit seperti yang berlaku sebelum ini.

Isu bauksit menjadi hangat apabila ramai rakyat terutamanya rakyat negeri Pahang khususnya melahirkan rasa marah mereka apabila laluan jalan raya di negeri berkenaan bertukar menjadi merah akibat lumpur yang di bawa oleh lori pembawa bauksit berkenaan.

Daerah yang teruk terlibat dilanda lumpur bahan berkenaan adalah laluan ke Felda Bukit Goh dan Bukit Kuantan didalam daerah Kuantan, ia juga telah melibatkan semua agensi kerajaan pusat dan negeri untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Selain laluan di jalan raya Datuk Seri Liow juga meminta agar pihak Pelabuhan Kuantan menghadkan simpanan bauksit dan jangan jadikan pelabuhan itu sebagai kawasan lambakan bauksit tanpa kawalan.

Beliau juga berharap agar perkara yang telah diputuskan perlulah di patuhi kerana pihak kementerian sudah pun menyediakan garis panduan pengangkutan bauksit yang jelas untuk di patuhi oleh pemandu dan pengusaha lombong bauksit.

Kerajaan sebelum ini telah memutuskan untuk mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit selama tiga bulan bermula 15 Jan lalu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.