Kiriman pada: Sat, Dec 26th, 2015

LKIM pertahan 1,700 nelayan tradisi Pulau Pinang

Kongsi maklumat ini
Tags

26irmoh.transformedBALIK PULAU: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan akan mempertahankan kawasan laut Pulau Pinang daripada sebarang projek tebus guna yang dirancang kerajaan negeri DAP. Pengerusinya, Datuk Irmohizam Ibrahim, berkata pihaknya akan membela nasib nelayan yang terjejas akibat projek tebus guna tanah, terutamanya di sekitar Teluk Kumbar, Sungai Batu dan Pulau Betong. “LKIM memandang serius cadangan projek tambakan dan pembinaan tiga pulau buatan manusia yang dirancang kerajaan negeri. “Kita tidak mahu projek ini menjejaskan pendapatan nelayan tradisi dan merosakkan ekosistem laut,” katanya pada pertemuan bersama lebih 1,700 nelayan di Pasar Nelayan Sungai Batu di sini, hari ini. Projek tambak laut di kawasan perairan selatan negeri ini bakal membentuk tiga pulau buatan manusia baharu berdekatan Permatang Damar Laut, membabitkan kawasan seluas lebih 1,500 hektar.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.