Kiriman pada: Mon, Jan 18th, 2016

Lori Hantu- Ambil Tindakan Segera

Kongsi maklumat ini
Tags

8174003048_28e1d7da42Kebimbangan terhadap lori hantu yang di pandu keluar dari kawasan pembinaan sudah acapkali di utarakan, malah setiap kali pembinaan sesuatu projek yang di lakukan di kawasan berhampiran kediaman penduduk pastinya menyuarakan kebimbangan mereka.

Kedegilan pemandu lori terbabit bukan sahaja boleh merosakkan harta benda awam malah turut membahayakan nyawa penduduk dan penguna jalan raya yang lain.

Khamis lalu kita di kejutkan dengan insiden dengan sebuah lori hantu merempoh 37 kenderaan dihadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Perdana Cheras, Kuala lumpur, hingga mengorbankan dua pelajar sekolah berkenaan.

Difahamkan pemandu lori itu meninggalkan kenderaan terbabit di kawasan berdekatan untuk makan tengahari sebelum ia menggelonsor menuruni bukit lalu melanggar beberapa kenderaan lain yang berada dihadapan sekolah berkenaan.

Terdapat juga dakwaan lori berkenaan di curi oleh sesaorang yang tidak di kenali ketika pemandunya singgah di sebuah kedai makan berhampiran.

Lori tersebut dibawa lari sekurang-kurangnya 1km. sebelum kenderaan berkenaan gagal dikawal lalu merempoh puluhan kenderaan lain kebanyakkannya motorsikal.

Walau apa pun alasannya tindakan membawa keluar lori hantu itu jelas merupakan satu kesalahan ini kerana lori hantu tidak dibenarkan melalui jalan awam kerana tidak dilindungi insuran dan cukai jalan walaupun hakikatnya kenderaan berat itu berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sehubungan itu kita mengalu-alukan arahan yang di keluarkan kepada JPJ selepas kejadian tersebut agar melakukan penguatkuasaan bagi memantau kegiatan lori hantu di seluruh negara.

Mana-mana lori hantu yang di kesan berada dijalan raya awam akan disitar serta merta selain pemiliknya berpotensi dikenakan tindakan undang-undang.

JPJ juga akan memantau premis pembinaan seluruh negara bagi memastikan tidak berlaku pelanggaran undang-undang dalam pengunaan lori hantu.

Tindakan tegas itu jelas menunjukkan keseriusan kerajaan untuk memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang, Selain dari aspek keselamatan penguatkuasaan terhadap lori hantu dapat memastikan jalan raya tidak rosak akibat beban yang dibawa kenderaan tersebut, serta di kotori selut tanah yang dibawa keluar dari tapak projek.

Tindakan tersebut juga diharapkan dapat memberi pengajaran agar pemandu dan pemilik lori berkenaan tidak mengambil mudah terhadap aspek keselamatan orang awam serta menigkatkan prosidur operasi standard (SOP) pembinaan seperti menigkatkan kawalan pergerakan lori-lori milik mereka.

JPJ tidak pernah berkompromi dengan lori hantu yang berada di luar kawasan operasi, aktiviti penguatkuasaan itu juga di harap dapat dilakukan secara berterusan dan holistik serta dilakukan dengan lebih kerap terutama terhadap kenderaan berat dan besar di kawasan pembinaan serta sekolah.

Namun disebalik usaha kerajaan itu orang ramai turut memainkan peranan dengan bertindak sebagai agen penguatkuasa, laporkan aktiviti-aktiviti yang di percayai boleh membahayakan keselamatan penguna jalan raya kepada pihak berkuasa.

Bersamalah kita mencegah agar kejadian yang sama tidak berulang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.