Kiriman pada: Fri, Jul 31st, 2015

Low Yat Diserbu Lagi

Kongsi maklumat ini
Tags

dfhjzdfKUALA LUMPUR – Sejumlah 11,174 unit aksesori telefon bimbit tiruan jenama Samsung dan Apple bernilai RM150,990 dirampas menerusi serbuan bersepadu dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jabatan imigresen, di Plaza Low Yat, di sini, kelmarin.

Ketua Setiausaha, Datuk Sri Alias Ahmad berkata, operasi bermula jam 2.30 petang itu membabitkan pemeriksaan ke atas 120 premis yang dikenal pasti menjual barangan tiruan.

Menurutnya, tindakan itu dibuat susulan risikan KPDNKK dan juga aduan orang ramai.

“Kes disiasat bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barang atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi orang perseorangan dan syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 bagi setiap unit barang.

“Dalam operasi sama, pihak imigresen juga membuat tangkapan ke atas tiga pendatang asing membabitkan dua lelaki Bangladesh dan seorang Pakistan atas kesalahan tiada dokumen dan salah guna pas,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada serbuan berkenaan, 110 anggota agensi berkaitan terlibat, dan turut disertai wakil pemilik cap dagangan yang berdaftar.

Orang ramai boleh menghubungi talian 1-300-886-800, laman web http://eaduan.kpdnkk.gov.my atau datang sendiri ke pejabat KPDNKK untuk aduan berkaitan pengguna.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.