Kiriman pada: Fri, Nov 6th, 2015

Lumut City Centre Bakal Memenuhi Infrastruktur Bandar Pelancongan Dan Tentera Laut

Kongsi maklumat ini
Tags

fjdfLumut – Projek pembangunan Lumut City Centre (LCC), yang menelan belanja lebih RM400 juta, bakal memenuhi kemudahan infrastruktur bandar Lumut atau dikenali sebagai Bandar Pelancongan dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata projek itu, yang dijangka siap dalam beberapa tahun, merupakan inisiatif pihak swasta bagi menjadikan Lumut sebuah bandar tersusun dan sistematik selain menepati ciri-ciri yang dikehendaki pihak berkuasa negeri.

“Pangkalan TLDM Lumut juga merupakan pangkalan TLDM yang terbesar di negara kita, jadi mereka sering dikunjungi anggota tentera laut dari seluruh dunia, jadi dengan adanya infrastruktur seperti ini, ia akan memberi kemudahan sekali gus menaikkan taraf bandar Lumut.

“Kita memerlukan ciri-ciri sebuah bandar yang mempunyai semua prasarana terbaik, termasuk hotel lima atau empat bintang, atau hotel empat bintang seperti hotel lima bintang, bagi melakukan pelbagai program, konvensyen dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Lumut City Centre di Jalan Sultan Idris Syah.

Zambry berkata LCC, yang bakal menyaksikan pembinaan tiga pangsapuri 656 unit dan sebuah hotel 18 tingkat, akan merancakkan lagi sektor pelancongan di Lumut.

Beliau berkata hotel dan pangsapuri berkenaan, yang dibina di lokasi strategik menghadap ke Pulau Pangkor, mampu menarik perhatian pelancong dan orang ramai yang ingin tinggal di bandar itu.

LCC, yang dibina di kawasan seluas 5,247.2 hektar (13,118 meter persegi), diurus oleh Ritz Garden Highlands Resort Sdn Bhd juga bakal membina sebuah pusat komersial yang menyediakan pelbagai pusat hiburan termasuk pusat boling, pusat luncur air dan pawagam bagi memenuhi kemudahan di bandar Lumut.

Sementara itu, Zambry berkata kerajaan negeri masih menerima kemasukan pelabur sama ada dari dalam dan luar negara yang berminat untuk melabur di Perak meskipun keadaan ekonomi tidak stabil di seluruh dunia.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.