Kiriman pada: Thu, Nov 10th, 2016

Mahasiswa Perlu Siapkan Diri

Kongsi maklumat ini
Tags

kampusSintok – Mahasiswa disaran melakukan persiapan penting dalam mematangkan diri untuk mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan terutama melalui aspek keterampilan sahsiah dan kesarjanaan ilmu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, ini kerana dalam mengharungi gelombang kehidupan yang penuh dengan cabaran, mahasiswa perlu sedar tanggungjawab dan peranan yang disandarkan kepada mereka.

Beliau berucap ketika merasmikan Pesta Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini malam tadi. Turut hadir Naib Canselor UUM Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Mahasiswa katanya, harus menjadi ejen perubahan dalam masyarakat dengan menjadi pemberi ilham, pencetus penafsiran dan memperjuangkan hak masyarakatseluruhnya selain bersifat terbuka.

Dalam pada itu, Profesor Datuk Seri Dr Mohamed menyeru semua mahasiswa UUM supaya memasang niat murni dalam menuntut ilmu sebagai salah satu wasilah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Jelasnya, sepanjang penubuhan UUM, universiti itu telah mengeluarkan lebih 123,000 graduan dan lebih membanggakan, 81 peratus daripada mereka telah mendapat pekerjaan.

Ini katanya, membuktikan graduan UUM terbukti mempunyai kualiti yang diakui oleh industri.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.