Kiriman pada: Tue, Dec 27th, 2016

Mahathir Berjaya Alihkan Isu Dalam Parti Kepada BR1M

Kongsi maklumat ini
Tags

Mungkin ada benarnya dakwaan bahawa Mahathir mahu mengalihkan isu dalam parti Bunga yang sedang bergelora ketika ini kepada isu BR1M yang kononnya haram dan berupa rasuah kerajaan kepada rakyat termasuk dengan isu penjualan negara kepada negara China.

Walaubagaimana pun tindakan Mahathir ini sedikit sebanyak telah berjaya menarik minat rakyat untuk membicarakan isu yang ditimbulkan oleh Mahahtir dari membincangkan masalah parti Bunga yang sedang dilanda kepimpinan termasuk isu emecatan ketua Srikandi mereka yang dikatakan terlibat dengan skandal sex juga Presiden parti berkenaan yang mana isu mereka hebat di bcarakan di media sosial sejak kebelakangan ini.

Tanpa disedari hampir seluruh pemain media melayan isu yang dibangkitkan oleh Mahathir dan melupakan sebentar isu parti Bunga, dan mungkin ketika ini Mahathir sedang tertawa dengan apa yang beliau telah berjaya alihkan, maka terselamatkan seketika isu parti bunga yang baharu sahaja didaftarkan tetapi sudah pun menunjukkan keharu biruan.

Sebaik isu pembahagian kerusi untuk di pertandingkan pada pilihan raya ke 14 nanti, penamaan Perdana Menteri, penjenamaan ketua pembangkang, isu skandal sex beberapa pemimpin di dalam parti dan perebutan jawatan dalaman parti menjadikan Mahathir sakit kepala dan perlu menenangkan semua isu dengan cara mengalihkannya kepada Dato’ Seri Najib.

Memang Mahathir suka berkeadaan begitu, sebagai rakan parti pembangkang Mahathir sudah belajar untuk mengalihkan isu kecelaruan dalam parti sendiri kepada orang lain sama seperti pemimpin parti pembangkang yang lain, yang mana kita sering di perdaya dengan isu kerajaan yang diada-adakan semata mahu mengalihkan isu sebenar yang sedang dihadapi oleh parti pembangkang.

Walaupun pemimpin parti bunga menafikan bahawa mereka sedang menghadapi krisis dalaman tetapi tindakan bekas orang kuat yang turut membantu Mahathir didalam kempen untuk menjatuhkan Najib benar-benar membuat Mahathir sakit kepala ini termasuk mendesak Presiden parti mereka untuk membersihkan diri dari skandal sex yang dihebohkan itu.

Persoalan yang memeningkan kepala pemimpin parti bunga pula datangnya dari orang yang tidak pernah mendaftarkan diri sebagai ahli parti, mungkin kerana tidak terpilih sebagai pemegang jawatan maka sokongan kepada Mahathir juga turut tidak menjadi malah orang tersebut kini bertindak sebagai api didalam sekam yang bersembunyi di belakang bayang-bayang Mahathir.

Serangan terhadap pemberian BR1M oleh Mahathir sebenarnya tidak sedikit pun memberikan kesannya, tetapi yang nyata rakyat mula memahami bahawa Mahathir sedang cuba mengalihkan isu dalam partinya sendiri, kerana Mahathir kini sudah mula terasa tersepit didalam pergolakan pakatan parti pembangkang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.