Kiriman pada: Thu, Dec 1st, 2016

Mahathir Hanya Menguntungkan DAP

Kongsi maklumat ini
Tags

untungMelihatkan kehadiran dan sokongan orang Melayu kepada UMNO, memberi gambaran bahawa orang Melayu masih bergantung harap kepada parti UMNO yang ternyata selama ini telah membangunkan negara dan membela nasib orang Melayu.

Walaupun terdapat tomahan segelintir orang Melayu yang menyamai kebencian terhadap UMNO, sokongan Melayu kepada UMNO tidak berganjak sedikit pun malah semakin mendapat sokongan terutama generasi muda yang mula memahami akan permainan politik kotor sesetengah bekas pemimpin.

Walaupun negarawan negara yang pernah dianggap terbilang, kini telah bersikap keji dan khianat kepada negara dan bangsa Melayu dengan bekerja sama dengan parti resis DAP untuk menjahanamkan keutuhan orang Melayu.

Untung apakah Melayu jika di benarkan parti resis DAP untuk menguruskan negara yang mejeritinya orang Melayu, sudah pasti ada sesuatu yang mereka mahukan dan telah bersepakat dengan terancang untuk menghapuskan kuasa Melayu di bumi Malaysia ini.

Apakah ada perkara yang Mahathir mahukan dan apa yang janjikan dengan DAP sahingga sanggup Mahathir bekerja sama dengan parti resis DAP dan mengkhianti orang Melayu yang pernah memberi kemasyuran kepada Mahathir dan keluarganya.

Tetapi yang nyatanya adalah Mahathir telah mengkhianati orang Melayu, sepertimana yang telah didedahkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak didalam pertemuan dengan pemimpin kanan parti orang Melayu UMNO baru-baru ini, ternyata Mahathir lebih mengutamakan nafsu dan kroninya sahingga mengenepikan kepentingan rakyat dan orang Melayu.

Apakah keuntungan kepada orang Melayu dengan hubungan Mahathir dan DAP ini, sebuah parti yang Mahathir sendiri pernah mengelarnya sebagai sebuah parti yang resis, sebuah parti yang tidak mengambil kepentingan orang Melayu malah mahu menghapus segala kepentingan dan hak-hak orang Melayu, malah mahu menjadikan negara ini sebagai republik yang memberi makna terhapusnya sistem Raja Berpelembagaan.

Tiada suatu apa pun kebaikkan yang orang Melayu akan dapat dari pehubungan Mahathir – DAP ini, tetapi yang nyata Melayu akan kian terpinggir di bumi mereka sendiri, jika kini mereka berani menyatakan bahawa orang Melayu juga adalah pendatang seperti kaum lain di bumi Malaysia ini, apa kah tidak akan mereka bah sejarah menyatakan bahawa Melayu juga penumpang di bumi Melayu ini.

Mereka juga akan membuang sejarah bahawa Orang Melayu lah yang seawalnya berdepan dengan penceroboh bumi Melayu ini sejak zaman penjajahan Belanda dan Portugis lagi, sedangkan mereka yang mendatang hanya membuka sejarah ketika kehadiran British sahaja.

Percayalah mereka akan membuang sejarah orang Melayu semenjak dari sejarah Kesultanan Melayu Melaka sekitar tahun 1400, kemudiannya pertahanan Melayu berdepan dengan pencerobohan Portugis dan pada tahun 1641 orang Melayu berdepan dengan penjajahan Belanda.

Sejarah ini akan mereka padam bagi mengambarkan bahawa kaum pendatang terutama yang berada di dalam parti DAP ini juga adalah kaum asal di bumi Melayu ini, sedang kelibat kaum mereka tidak terlibat pun didalan lipatan sejarah yang dinyatakan diatas.

Yang nyata tiada apa kebaikkan yang akan orang Melayu dapat jika DAP dibenarkan berkuasa dan kerjasama Mahathir dengan DAP tidak akan menguntungkan orang Melayu, yang untung adalah Mahathir, anak beranak dan kroninya.

Yang pasti pemimpin DAP akan berterima kasih kepada Mahathir kerana membantu mereka mengjatuhkan kepimpinan orang Melayu dan memberi laluan kepada DAP untuk mengukuhkan cengkaman mereka.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.