Kiriman pada: Tue, Jan 24th, 2017

Mahathir lebih Memening Dari Melegakan

Kongsi maklumat ini
Tags

Ternyata Mahahtir hanyalah seperti melukut di tepi gantang, kerana kehadirannya didalam pakatan seperti tidak dihargai atau memberi kesan besar kepada perjalanan pakatan pembangkang, ini bermakna Mahathir bukan lah penting sangat dalam pakatan yang diketui oleh parti DAP.

Malah rupanya kehadiran Mahathir lebih memeningkan dari melega dari sebarang masalah, seperti yang diungkapkan oleh pemimpin tertua dalam DAP bahawa mereka bkannya boneka untuk tunduk patuh kepada arahan dan telunjuk Mahahtir.

Bermakana selama ini laungan ‘pakatan’ didalam pembangkang hanyalah lakonan dan pura-pura untuk meraih sokongan dan menarik simpati dari rakyat demi membeli undi dari mereka yang mudah dijual-beli dengan janji.

Malah cakap-cakap ‘pakatan’ didalam parti pembangkang yang diketuai oleh DAP tidak akan diterima pakai atau dipercayai sama sekali, kerana DAP tidak perlu mendengar cadangan atau arahan dari rakan-rakan parti dalam ‘pakatan’ mereka, ini mengambarkan bahawa DAP adalah pemegang kuasa veto didalam membuat keputusan.

Ternyatalah Mahathir hanya tembok usang yang digunakan untuk menarik sokongan dan simpati orang Melayu terutama mereka yang sudah berumur dan gulungan warga emas yang mudah melelehkan air mata jika mendengar cerita Mahathir tiada selera makan walaupun ketika bercakap beliau sedang memegang seketul ayam goreng.

Sayangnya cakap-cakap dan rayuan Mahathir tidak mampu mengubah keputusan pemimpin parti DAP, walaupun Mahathir telah menyertai mereka, mungkin sejarah silam Mahathir dan Lim Kit Siang masih lagi menghantui pemimpin parti pembangkang DAP yang masih menympan perasan ragu-ragu.

Jelas kini apa sahaja yang keluar dari mulut Mahathir bukanlah peluru kepada pasukan Barisan Nasional atau UMNO tetapi lebih kepada bomb tangan yang meletup ketika belum sempat di baling oleh parti pembangkang.

Diharap Mahathir dan pengikut totoknya sedar akan perkara ini, jangan lah seronok tidak tentu hala sahingga sanggup menghalalkan cara.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.