Kiriman pada: Mon, Nov 28th, 2016

Mahathir Memiliki Ego Besar

Kongsi maklumat ini
Tags

egobesar‘Apa sahaja yang tidak diperkatakan oleh pemimpin dan penyokong parti pembangkang terhadap Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu’ kata Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak didalam temubual yang di siarkan di TV3.

Najib juga menyifatkan Mahathir sebagai seorang yang memiliki ego yang besar ia ini mahu sentiasa menang dalam apa juga pertikaian, bagaimana pun bagi Dato’ Seri Najib beliau mempunyai cara tersendiri untuk berdepan dengan ancaman dan serangan dari Mahathir.

“Saya merasa serasi dengan sokongan dalam parti, maknanya apa yang cuba dibuat untuk tumbangkan saya dalam parti tak berjaya,” kata Najib.

Dato Seri Najib juga berkata beliau sentiasa tenang berhadapan dengan musuh-musuh politik yang melakukan serangan terhadap dirinya bagi tujuan untuk menjatuhkannya.

Ini termasuk dengan menubuhkan sebuah parti baharu bagi mengucarkacirkan UMNO setelah gerakkan “menyelamatkan Malaysia’ melalui deklarasi rakyat tidak mendapat sambutan dan sokongan Yang Di Pertuan Agong.

“Semua itu adalah mainan politik termasuk usaha mendapatkan tandatangan menerusi deklarasi rakyat serta mempersembahkan kepada Majlis Raja-raja, namun ianya gagal”, oleh kerana itu pilihan yang bagi pihak pembangkang adalah menyerang beliau sebagai Presiden parti UMNO” jawab Dato’ Seri Najib.

Berhubung dengan keujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dato Seri Najib berkata bahawa jika dikaji fenomena penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Anwar di pecat dari UMNO ianya lebih hebat dari keujudan PPBM.

“Kalau kita kaji fenomena PKR ditubuhkan, Anwar keluar UMNO, gelombang itu lebih, daripada hari ini, kesan tidak sama, tapi di mana bahagian Parlimen ada orang tidak puas hati dan mereka kumpul orang seperti ini untuk menentang parti kita”.

Walaubagaimana pun Dato’ Seri Najib tidak memandang rendah dengan keupayaan parti PPBM, tetapi akan berhadapan dengan penuh yakin untuk mempertahankan parti UMNO.

“ ‘never underestimate your opponent’, ini perlu ada dalam sikap orang UMNO, bukan takut tetapi kita mesti lakukan apa yang patut kita lakukan untuk kekalkan kekuasaan yang ada,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.