Kiriman pada: Tue, Jan 26th, 2016

Mahathir Perlu Mengaku Bahawa Hak Presiden UMNO Di Nafikan Kerana Mukhriz

Kongsi maklumat ini
Tags

dinafikanJika sebelum ini Dato’ Seri Najib Tun Razak dilihat amat tertekan dengan serangan dari bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan Tun banyak merosakkan nama dan reputasi Dato’ Seri Najib dengan membuat pelbagai tuduhan liar dan mengarut tanpa asas dan bukti.

Kini suasana tersebut telah berubah apabila Mukhriz Mahathir pula kini tertekan dan hampir pasti akan kehilangan jawatan Menteri Besar yang mana jawatan itu dikatakan diminta oleh Tun Mahathir dari Najib untuk Mukhriz semasa PRU yang lalu.

Satu kesilapan Dato Seri Najib apabila mendengar permintaan Tun Mahathir tanpa memperdulikan suara kepimpinan Umno Negeri Kedah ketika itu.

Kini UMNO Kedah mula bergolak kerana Mukhriz dikatakan gagal memancu UMNO Negeri Kedah dengan baik seperti mana yang di janjikan oleh kepimpinan kepada rakyat ketika mahu mengambil kembali Kedah dari PAS, UMNO Kedah kini menolak kepimpinan Mukhriz.

Walaupun di bantah oleh sebilangan penyokong yang bukan dari kalangan pemimpin, sepatutnya tidak menjadi penghalang kepada kuasa Presiden untuk menurut kehendak pemimpin termasuk ketua-ketua bahagian dan cawangan yang rata-rata mahukan Mukhriz di tukar.

Tujuannya adalah tidak lain untuk memastikan Barisan Nasional dan UMNO terus kekal menerajui negeri Kedah.

Isu pertukaran mana-mana Menteri Besar adalah hak ekslusif parti yang sedang memerintah negeri tersebut dan bukan hak milik individu atau bekas pemerintah walaupun bekas Perdana Menteri, pada masa ini Dato’ Seri Najib adalah presiden Parti UMNO yang menerajui, maka adalah menjadi kuasa Presiden untuk menentukan siapa yang layak untuk menerajui negeri Kedah disamping cadangan dari kelompok kepimpinan negeri.

Jadi didalam hal yang melibatkan kepimpinan UMNO negeri Kedah biarlah hanya kepimpinan UMNO negeri Kedah sahaja yang membuat cadangan dan usul tanpa dicampuri oleh orang luar dari negeri Kedah, biarlah Presiden parti beruding dengan kepimpinan negeri untuk menentukan siapa yang layak untuk mengantikan Mukhriz.

Pada ketika ini Mukhriz adalah Pengerusi badan Perhubungan Negeri, maka secara automatiknya beliau adalah Menteri Besar, namun jika kedudukan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri berubah secara automatik juga kedudukan beliau sebagai Menteri Besar juga perlu di tukar kepada Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru.

Dan Mukhriz kini ditolak atas dasar kelemahannya menguruskan parti, jadi kepimpinan bahagian dan cawangan mendesak beliau mengosongkan kerusi Pengerusi Perhubungan Negeri, ramai dikalangan kepimpinan UMNO Kedah menolak Mukhriz dengan alasan bahawa Mukhriz gagal mengurus parti.

Tujuan mereka adalah mahu menyelamatkan parti dari terus lemah yang akhirnya boleh membawa kepada kekalahan pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti, itu sebabnya, bukan kerana Mukhriz tidak bagus didalam pentadbiran negeri Kedah seperti mana yang di hebahkan sebelum ini.

Jika Tun Mahathir tidak mendesak Dato’ Seri Najib agar jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri dan Menteri Besar Kedah di berikan kepada Mukhriz, dan meletakkan Mukhriz kekal di pusat kemungkinan isu penyingkiran Mukhriz tidak akan berlaku, mungkin Mukhriz bagus didalam pentadbiran tetapi tidak bijak didalam menyusun strategi parti dan politik.

Kini segalanya telah pun berlaku dan bolehlah di katakan permasalahan hari ini adalah berpunca dari campor tangan Tun Dr Mahathir dalam menentukan siapa layak dan siapa tidak dan menafikan hak dan kuasa yang ada pada Presiden Parti UMNO Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Sekali gus menafikan hak Presiden untuk menyusun jenteranya di seluruh negara bagi menghadapi pilihanraya ke 14 nanti.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.