Kiriman pada: Fri, Feb 10th, 2017

Mahathir Sekali Lagi Jumpa Anwar Di Mahkamah

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan pertemuan 40 minit dengan bekas anak didiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim di premis Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang ke-2 sejak September lepas.

Bekas perdana menteri itu berkata mereka membincangkan tentang masalah politik yang dihadapi negara.

“Kami juga berbincang dan bersetuju mengenai isu utama lain, termasuk kepimpinan negara sekarang ini,” katanya kepada pemberita.

Dr Mahathir, yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berkata partinya akan terus mengukuhkan gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH).

“Kami masih berbincang dengan PAS tetapi pada masa yang sama kita mahu mengukuhkan gabungan itu,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir tiba pada jam 11.50 pagi semasa saman fitnah difailkan Anwar terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin diteruskan.

Turut mengiringi beliau ialah bekas pemimpin UMNO Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Pada sebelah pagi, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bertemu Anwar secara ringkas sebelum prosiding bermula.

Disember lalu, PPBM menandatangani perjanjian dengan PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah berhubung pakatan pilihan raya dan membentuk kerajaan persekutuan yang akan datang jika menang.

PPBM juga mengadakan perbincangan dengan pimpinan PAS bulan lalu dengan tujuan memastikan 1 lawan 1 dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14.

Bagaimanapun, PAS mahu PPBM meninggalkan PH dan menyertai blok ke-3 yang diketuai parti Islam itu.

Dr Mahathir, ketika berucap di majlis DAP anjuran Save Malaysia Inititive pada Selasa, berkata perkiraan PAS salah dan pembangkang akan kalah kepada BN dalam pertandingan 3 penjuru.

Katanya, PPBM dan PAS masih perlu melawan BN dan PH (PKR, DAP dan Amanah).

Kali terakhir Dr Mahathir bertemu Anwar pada 5 September.

Pemimpin berusia 91 tahun itu berkata beliau datang untuk menyokong tindakan Anwar mencabar undang-undang terhadap kerajaan berhubung Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Anwar, yang merupakan timbalan perdana menteri disingkirkan begitu sahaja daripada kerajaan dan sebagai timbalan presiden UMNO pada 1998 kerana penyalahgunaan kuasa.

Ramai penyokong Anwar menyalahkan Dr Mahathir kerana bertanggungjawab terhadap pemenjaraan pemimpin itu.

Genap 2 tahun lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kepada Anwar kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Beliau kini menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.