Kiriman pada: Wed, Nov 30th, 2016

Mahathir Seperti Mahu Menongkat Langit

Kongsi maklumat ini
Tags

tongkatSuatu ketika dahulu Mahathir Muhamad ada menyebut bahawa saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) terhadap tiga individu yang dikatkan dengan Malaysian Official 1 (MO1) adalah ‘bombshell’ terutama terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Walaubagaimana pun ‘bombshell’ tidak berapa nak meletup dan Dato’ Seri Najib juga belum tercampak keluar dari parti UMNO dan masih memimpin kerajaan Malaysia hari ini, dan kini sedang sibuk menguruskan Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlansung sekarang.

Ini memberi gambaran bahawa serangan Mahathir dengan bantuan parti DAP dengan sokongan parti pembangkang yang lain gagal untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib yang masih lagi kekal sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, malah tidak sedikit pun mengugat keyakinan rayat dan ahli UMNO terhadap kepimpinan beliau.

Bukan sahaja Mahathir telah dipergunakan oleh DAP, malah ada juga pelajar-pelajar dari IPT tempatan yang turut dipergunakan bagi menjatuhkan Najib, tindakkan ini hanyalah sia-sia belaka kerana sahingga kini pun Najib masih berdiri teguh sebagai pemimpin negara.

Tuduhan terhadap Najib kesemuanya adalah sekadar tuduhan sahaja tanpa boleh menghadirkan bukti nyata, walaupun DOJ sendiri sahingga kini sekadar mendakwa tanpa menghadirkan bukti oleh itu tuduhan DOJ amat meragukan.

Ternyata tuduhan yang dibuat adalah racangan Mahathir mahu menjatuhkan Dato’ Seri Najib dan segalanya adalah sekadar tuduhan mahu memburukkan kepimpinan Najib, mungkin Mahahtir tidak mahu ada pemimpin selain dirinya yang boleh menguruskan negara mengatasi dirinya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.