Kiriman pada: Thu, Feb 11th, 2016

Mahdzir azam perkukuh UMNO Kedah

Kongsi maklumat ini
Tags

Mahdzir-Khalid_kedah_umno_600PUTRAJAYA: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang baharu, Datuk Seri Mahdzir Khalid berazam membantu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam memperkukuhkan parti di negeri itu, selain meningkatkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Sambil berterima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak atas perlantikan berkenaan, Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan dan bekas Menteri Besar Kedah, menganggap kepercayaan yang diberikan itu sebagai amanah besar. “Kita perlu ada program komprehensif untuk memperkukuhkan parti dan perlu ada program yang meyakinkan rakyat bahawa kerajaan hari ini bersama rakyat,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Jabatan Pendidikan Putrajaya, di sini hari ini. Pelantikan beliau bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Ahmad Bashah yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkuat kuasa hari ini, diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pagi tadi. Penstrukturan semula kepemimpinan UMNO negeri itu susulan pelantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar pada 4 Februari lalu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri sebelum meletak jawatan pada 3 Februari.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.