Kiriman pada: Thu, Jan 26th, 2017

Mahkamah Arab Saudi Gugur Kes Insiden Kren Tumbang Ke Atas 13 Defendan

Kongsi maklumat ini
Tags

Kaherah – Sebuah mahkamah Arab Saudi menggugurkan dakwaan kes 13 defendan yang dibicarakan susulan insiden kren tumbang di Makkah pada September 2015 yang mengorbankan 111 jemaah haji.

Mahkamah Jenayah Makkah berkata hari ini, ia tidak mempunyai bidang kuasa membicarakan kes itu yang dibuka sejak Ogos lalu.

Seramai 14 suspek dibicarakan, dituduh menyebabkan kecuaian, merosakkan harta benda awam dan tidak mengendahkan panduan keselamatan.

Mahkamah bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa terdapat percanggahan dalam jumlah suspek dituduh.

Beratus-ratus lagi mangsa turut cedera dalam nahas kren tumbang itu, beberapa hari sebelum musim ibadat haji tahunan bermula.

Beberapa akhbar kerajaan memaklumkan, enam warga Arab Saudi termasuk seorang hartawan, dua Pakistan serta masing-masing seorang rakyat Kanada, Jordan, Palestin, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Filipina, dibicarakan.

Bagaimanapun, nama mereka tidak didedahkan. – AP

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.