Kiriman pada: Wed, Dec 16th, 2015

Mahkamah Khas Bicara Kumpulan Militan Untuk Proses Penghakiman Lebih Telus

Kongsi maklumat ini

KL19_151215_MENHANKuala Lumpur – Kewujudan mahkamah khas untuk membicarakan kes dan individu yang terlibat dengan kumpulan militan akan menjadikan proses penghakiman lebih telus, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ini kerana ancaman kumpulan berkenaan benar-benar wujud dan semakin menular di seluruh negara.

“Jika kita tidak ambil tindakan yang proaktif dan preventif mereka akan terlepas daripada pemantauan kita serta mengancam keselamatan di khalayak orang ramai yang tidak berdosa.

“Perkara ini telah dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan Negara di mana mahkamah seperti itu akan membantu kita memerangi kumpulan militan termasuk membantu proses perbicaraan diselesaikan segera pada sebelah malam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan Tahun 2015 di Auditorium Wisma Pertahanan.

Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Hakim Negara untuk mewujud dan melaksanakan mahkamah itu.

Sementara itu, Malaysia menyatakan sokongan penuh kepada usaha Kerajaan Arab Saudi yang mengumumkan pembentukan pasukan tentera 34 negara Islam hari ini bagi memerangi ancaman pengganas terutamanya kumpulan militan yang dilihat semakin menular di seluruh dunia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.