Kiriman pada: Wed, Jul 29th, 2015

Mahkamah perintah Rafizi bela diri atas tuduhan Fitnah

Kongsi maklumat ini
Tags

RAFIZI RAMLI / PC PKRPETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli membela diri atas tuduhan mengeluarkan kenyataan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan ahli UMNO melalui satu artikel, Februari lalu. Hakim Azwarnida Affandi membuat keputusan itu terhadap Rafizi, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 20 Ogos ini untuk perbicaraan kes. Pada 28 Ogos tahun lalu, Ahli Parlimen Pandan itu didakwa dengan sengaja mengeluarkan kenyataan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan ahli UMNO melalui artikel bertajuk Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?’ dengan niat memecahkan keamanan awam.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat The Edge Malaysia Communications Sdn Bhd, Menara KLK, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara, jam 11.40 pagi, pada 4 Februari.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.