Kiriman pada: Wed, Dec 14th, 2016

Mahkamah Persekutuan Tolak Semakan Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Kongsi maklumat ini
Tags

Putrajaya – Permohonan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mengenepikan sabitan dan hukuman kes liwat yang dihadapinya, ditolak Mahkamah Persekutuan.

Serentak dengan keputusan sebulat suara panel lima hakim mahkamah tertinggi negara, diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Datuk Seri Anwar, kekal dipenjara lima tahun, kerana meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Setakat ini, Datuk Seri Anwar, telah menjalani hukuman penjara setahun 10 bulan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat, selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak pada 12 Oktober lalu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.