Kiriman pada: Thu, Jul 23rd, 2015

Mahkamah Tangguh Pendengaran Pengisytiharan Muflis ADUN Lenggeng

Kongsi maklumat ini
Tags

13793-610x400Seremban – Mahkamah Tinggi Seremban hari ini menangguhkan pendengaran kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail untuk mengetepikan pengisytiharan muflis terhadapnya.

Peguam mewakili Ishak, C.S Murtti berkata Hakim Datuk Kamaludin Md Said membenarkan penangguhan kes itu kepada 31 Julai di dalam kamarnya.

Penangguhan itu dibenarkan selepas hakim mempertimbangkan persetujuan diberikan ahli perniagaan Datuk Misran Sukadi bagi membolehkan kes itu diselesaikan di luar mahkamah, katanya ditemui di luar mahkamah.

Murtti berkata, hakim turut membenarkan penggantungan perintah muflis terhadap Ishak, 64, yang dibuat Penolong Kanan Pendaftar mahkamah itu pada 18 Mac lalu selepas beliau gagal membayar pinjaman Misran berjumlah RM2 juta.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.