Kiriman pada: Tue, Jan 12th, 2016

Mahkamah Tolak Permohonan Halang Tandatangan TPP

Kongsi maklumat ini
Tags

sdjKUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi menolak permohonan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghalang kerajaan daripada menandatangi perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Hakim Datuk Hanipah Farikullah menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan Pengerusi Angkatan Belia Malaysia (Abim) Mohamad Raimi Ab Rahim; Presiden Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas Malaysia) Nurfitri Amir Muhamad; dan Naib Presiden Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Melayu Malaysia (Teras), Ahmad Tarmizi Sulaiman, selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Jabatan Peguam Negara.

Ketika ditemui pemberita peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla berkata, mahkamah membuat keputusan itu atas alasan perjanjian TPP masih belum dimeterai oleh kerajaan.

Dalam permohonan itu, mereka memohon untuk diberi kebenaran di bawah Aturan 53 Kaedah 3, Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung beberapa perkara melibatkan perjanjian TPP.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.