Kiriman pada: Thu, Jul 9th, 2015

Mahkamah Tolak Permohonan Khairy Masukkan Sabitan Kes Liwat II

Kongsi maklumat ini
Tags

khairi jamaluddin1Kuala Lumpur – Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk memasukkan sabitan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pernyataan pembelaannya.

Ia adalah berhubung kes saman fitnah bagi menuntut ganti rugi RM100 juta difailkan Anwar terhadap Khairy. Pesuruhjaya Kehakiman, S. Nantha Balan membuat keputusan itu dalam kamar beliau

Dalam prosiding itu, Khairy diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala peguam J Leela bertindak bagi pihak Anwar.

Anwar menyaman Khairy pada 7 Mac 2008 kerana mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO, mengeluarkan kata-kata fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ disiarkan dalam laman web, termasuk portal berita pro pembangkang.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.